|
SUSUNAN KANDUNGAN
|
PADA
menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 4(2)
dan 23
Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 Lembaga dengan
kelulusan Menteri, dengan ini membatalkan Sekim Pemasaran Ikan
yang ditetapkan di bawah seksyen 5 Akta Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 49, 1965]dan
menetapkan peraturan-peraturan pemasaran yang berikut:
|
|
(2)
Peraturan-peraturan ini tidak boleh dipakai bagi orang-orang
yang membeli tidak lebih daripada enam kilogram (sepuluh kati)
ikan bagi kegunaan mereka sendiri.
(3)
Peraturan-peraturan ini hendaklah mula berkuatkuasa pada 1hb
Januari,1974.
|
|
2
Tafsiran
Dalam
Peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya
menghendaki makna yang lain
"berniaga"
ertinya membeli, menjual atau mengirim dan termasuklah
menawarkan atau mendedahkan untuk jualan atau menyimpan untuk
jualan dan lelong;
"eksport"
ertinya membawa keluar atau menyebabkan dibawa keluar dari
Kawasan Kawalan apa-apa ikan melalui darat, laut atau udara,
di dalam kenderaan, vesel atau pesawat udara;
"ikan"
termasuklah apa-apa jenis ikan laut, ikan air payau atau ikan
air tawar, kerang-kerangan, siput air, bunga karang, trepang
dan lain-lain hidup-hidupan dalam air dan hasil-hasil
daripadanya, tetapi tidak termasuk penyu atau telor penyu;
"import"
ertinya membawa masuk atau menyebabkan dibawa masuk ke dalam
Kawasan Kawalan melalui darat, laut atau udara, di dalam
kenderaan, vesel atau pesawat udara;*
"Kawasan
Kawalan" ertinya suatu kawasan yang telah ditentukan
sebagai Kawasan Kawalan Pemasaran Ikan di bawah peraturan
4(1);
"Lembaga"
ertinya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang ditubuhkan di
bawah seksyen 3 Akta Lembaga Kemajuan Ikan 1971 [Akta 49];
|
|
"pemeroses" ertinya mana-mana orang yang mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan penukaran ikan hidup atau ikan basah kepada suatu
bentuk atau hasil yang lain.
|
|
(b) mengisytiharkan suatu tempat atau tempat-tempat dalam Kawasan Kawalan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga sebagai suatu pasar jualborong ikan.
(2) Bagi maksud
peraturan ini perkataan "tempat" termasuklah suatu
pangkalan mendarat dari laut atau perairan daratan, suatu jeti,
ruang atau tempat (samada terbuka atau terkepung) atau suatu
bangunan atau sebahagian daripada suatu bangunan.
|
|
(3) Bagi maksud peraturan ini Kawasan Kawalan boleh dicamkan
jika perlu dengan merujuk kepada pelan yang hendak disimpan
dengan Pengarah Ukur bagi Negeri di mana Kawasan Kawalan itu
terletak.
4
Kawalan Perniagaan
(1) Tiada seseorang boleh-
(a)
berniaga apa-apa ikan dalam suatu Kawasan Kawalan melainkan
jika ia diberi lesen
untuk berbuat demikian;
(b) di mana
suatu pasar jualborong ikan telah diisytiharkan di bawah
peraturan 3(1)(b), berniaga apa-apa ikan dalam Kawasan Kawalan
itu melainkan di pasar jualborong ikan itu; atau
(c)
berniaga ikan dalam suatu Kawasan Kawalan dengan apa-apa cara
melainkan dengan cara yang ditetapkan di bawah peraturan 8.
(2) Peruntukan-peruntukan perenggan (1) tidak boleh
dipakai bagi mana-mana orang yang
(a) menjual ikan yang ditangkap olehnya sendiri; atau
(b) menjual ikan yang diproses olehnya sendiri.
|
|
4A
Kawalan pengimportan dan pengeksportan ikan
(1)
Tiada seseorang boleh mengimport atau mengeksport apa-apa ikan
ke dalam atau dari Kawasan Kawalan melainkan ia dilesenkan
untuk berbuat demikian.
(2)
Apa-apa ikan yang hendak diimport atau dieksport seperti
disebutkan di dalam subperaturan (1) hendaklah melalui tempat
masuk yang sah atau tempat keluar yang sah yang ditentukan
oleh Lembaga dari semasa kesemasa.
(3)
Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport apa-apa ikan
tanpa lesen atau melanggar apa-apa syarat di dalam lesen yang
dikeluarkan oleh Lembaga adalah melakukan suatu kesalahan.
|
|
5
Pengecualian
(1)
Lembaga boleh, melalui pemberitahu dalam Warta, mengecualikan
pemeroses-pemeroses, pengimpot-pengimpot atau
pengekspot-pengekspot ikan, peniaga-peniaga ikan yang diawet
atau mana-mana lain golongan orang dalam mana-mana Kawasan
Kawalan daripada kehendak-kehendak peraturan 4.
(2)
Jika Lembaga mengecualikan mana-mana golongan orang di bawah
seksyen-kecil (1) dalam mana-mana Kawasan Kawalan yang
tertentu daripada kehendak-kehendak peraturan 4, ia boleh
menghendaki orangorang itu mendaftar dengan Lembaga dan
memberi apa-apa maklumat yang difikirkan perlu oleh Lembaga
mengikut apa-apa cara yang ditentukan olehnya.
|
|
6
Pelesenan
(1)
Suatu permohonan bagi pengeluaran atau pembaharuan suatu lesen
yang disebutkan dalam peraturan 4(1)(a) atau 4A(1) hendaklah
dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga
dari semasa kesemasa.
(2)
Lesen untuk berniaga yang akan dikeluarkan oleh Lembaga
hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga dari semasa ke semasa.
|
|
(3)
Suatu lesen yang dikeluarkan atau dibaharui menurut perenggan
(1) hendaklah, tertakluk kepada peraturan 7, sah bagi tempoh
satu tahun dan boleh tertakluk kepada had-had dan
syarat-syarat sebagaimana yang dari semasa ke semasa, dan pada
bila-bila masa, dikenakan oleh Lembaga.
(4)
Menteri boleh dari semasa ke semasa menetapkan bayaran yang
kena dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan tiap-tiap lesen
yang dikeluarkan atau dibaharui sedemikian; dan Menteri boleh
menetapkan bayaran yang berlainan bagi lesen-lesen yang
dikeluarkan oleh Lembaga bagi kawasan-kawasan yang berlainan.
(5)
Sesuatu lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga adalah sah bagi
Kawasan Kawalan atau Kawasan-kawasan Kawalan yang dinyatakan
di dalamnya itu sahaja.
(6)
Seseorang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Peraturanperaturan
ini memegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Sekim
Pemasaran Ikan yang ditetapkan di bawah seksyen 5 Akta
Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 49, 1965]
hendaklah disifatkan sebagai diberi lesen berniaga di bawah
Peraturan-peraturan ini sehingga lesen itu tamat; dengan
syarat bahawa orang itu hendaklah tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan Peraturan-peraturan ini.
|
|
7
Pembatalan lesen
(1)
Jika Lembaga berpendapat bahawa seseorang yang diberi lesen
dengan sempurna di bawah peruntukan-peruntukan
Peraturan-peraturan ini telah melanggar atau telah tidak
mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini atau
mana-mana daripada had-had dan syaratsyarat dalam sesuatu
lesen yang dikeluarkan kepadanya di bawah
Peraturan-peraturan
ini, Lembaga boleh meminta orang itu menunjukkan sebab mengapa
mana-mana lesen atau lesen-lesen yang dipegang olehnya di
bawah Peraturan-peraturan ini tidak patut dibatalkan.
(2) Seseorang yang diminta menunjukkan sebab di bawah
peruntukan
peruntukan
perenggan kecil (1)-
(a) hendaklah diberi oleh Lembaga butir-butir, secara
bertulis, mengenai pelanggaran atau hal tidak mematuhi yang
diadukan itu; dan
(b) boleh, jika ia berkehendakkan sedemikian, hadir
sendiri atau diwakili oleh mana-mana orang yang diberikuasa
olehnya secara bertulis dalam suatu pembicaraan di hadapan
Lembaga.
(3) Jika selepas pembicaraan itu, Lembaga berpendapat bahawa
orang yang diminta menunjukkan sebab itu telah melanggar atau
telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan
ini atau manamana daripada had-had dan syarat-syarat dalam
sesuatu lesen yang dikeluarkan kepadanya di bawah
Peraturan-peraturan ini, Lembaga boleh membatalkan mana-mana
lesen atau lesen-lesen yang dipegang olehnya di bawah
Peraturan-peraturan ini.
|
|
8
Cara-cara jualan
(1)
Tertakluk kepada peruntukan Peraturan-peraturan ini, ikan
tidak boleh diniagakan dalam mana-mana pasar jualborong yang
diisytiharkan di bawah peraturan 3 melainkan dengan cara
lelong, perjanjian persendirian atau dengan apa-apa cara lain
yang ditentukan oleh Lembaga dengan cara syarat-syarat dalam
lesen.
|
|
(2)
Jika jualan adalah dengan cara lelong peruntukan-peruntukan
peraturan-peraturan 10 hingga 13 hendaklah dipakai.
|
|
9
Pengecualian daripada peraturan 4
Walau
apa pun peruntukan yang terkandung dalam Peraturan-peraturan
ini Lembaga boleh berniaga apa-apa ikan dalam mana-mana
Kawasan Kawalan dengan apa-apa cara samada di pasar jualborong
ikan atau di tempat lain.
|
|
10
Acara Lelong
(1)
Tertakluk kepada perenggan (4), mana-mana longgok ikan untuk
dilelong
hendaklah dijual kepada penawar yang tertinggi.
(2)
Jika tawaran tertinggi dibuat oleh dua orang atau lebih,
jualan itu hendaklah kepada orang yang pertama membuat tawaran
itu dan pelelong hendaklah memutuskan siapakah yang pertama
yang telah membuat tawaran itu.
(3)
Jika harga yang serendah-rendahnya telah diletakkan pada suatu
longgok ikan dan harga itu tidak tercapai di dalam tawaran itu
maka pelelong hendaklah mengisytiharkan ikan itu tak dijual.
(4)
Jika harga yang serendah-rendahnya ditetapkan oleh pelelong,
dan ikan itu tak dijual, pelelong hendaklah membayar kepada
pemunya ikan itu suatu harga tidak kurang daripada harga yang
serendah-rendahnya itu.
(5)
Jika harga yang serendah- rendahnya ditetapkan oleh pemunya
atau oleh pelelong dengan persetujuan pemunya dan ikan itu tak
dijual pelelong tidaklah bertanggungan jika ikan itu tak
dijual atau jika dijual kemudiannya dengan harga yang lebih
rendah daripada harga yang serendah-rendah itu.
|
|
(6)
Kamsen yang hendak dikenakan oleh pelelong bagi melelong ikan
tidak boleh lebih daripada lima peratus daripada harga jualan
atau apaapa amaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga bagi kawasan yang tertentu itu.
|
|
11
Pembatalan jualan dalam suatu Lelong
(1)
Lembaga boleh, jika ia fikirkan lelong itu telah dijalankan
dengan tidak sepatutnya atau dengan tidak memuaskan hati atau
oleh apa-apa sebab lain yang menasabah, membatalkan apa-apa
jualan ikan yang dibuat di pasar jualborong dan jualan
itu adalah tidak sah.
(2) Jika sekiranya sesuatu jualan ikan dibatalkan oleh Lembaga, Lembaga
boleh
(a) mengarahkan pelelong melelong semula ikan itu; atau
(b) sendirinya melelong semula ikan itu.
|
|
12
Lembaga sebagai pelelong tunggal
Walau
apa pun peruntukan yang berlawanan, Lembaga boleh
mengisytiharkan dirinya sebagai pelelong tunggal bagi sesuatu
pasar jualborong ikan yang tertentu.
|
|
13
Menimbang ikan
(1)
Lembaga boleh menghendaki supaya perniagaan ikan di manamana
pasar jualborong ikan dijalankan mengikut berat atau jika
jualan di pasar ikan itu adalah dengan cara lelong, Lembaga
boleh menghendaki berat longgok-longgok ikan itu dinyatakan.
(2)
Alat-alat penimbang yang akan diguna hendaklah jenis alat-alat
penimbang yang diluluskan oleh Lembaga.
|
|
14
Memindahkan ikan
(1)
Tiada seorang boleh membawa ikan dari suatu tempat ke suatu
tempat lain dalam Kawasan Kawalan atau di antara sesuatu
tempat dalam Kawasan Kawalan dengan suatu tempat di luarnya
melainkan jika ikan itu telah didapati dari suatu pasar
jualborong ikan atau sedang dibawa ke suatu pasar jualborong
ikan.
(2)
Peruntukan-peruntukan perenggan (1) tidak boleh dipakai bagi
orang-orang yang dinyatakan dalam peraturan 4(2) dan
mereka-mereka yang dikecualikan di bawah peraturan 5.
(3)
Seseorang yang membawa ikan yang didapati dari suatu pasar
jualborong ikan atau yang membawa ikan ke pasar jualborong
ikan boleh dikehendaki memberi maklumat dengan apa-apa cara
yang ditentukan oleh Lembaga mengenai amaun atau jenis ikan
yang dibawa itu atau dari mana ikan itu telah didapati atau
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Lembaga.
|
|
15
Waktu Perniagaan
Ikan
tidak boleh diniaga dalam pasar jualborong ikan kecuali dalam
waktuwaktu yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan
Menteri.
|
|
16
Mempekkan Ikan
Lembaga
boleh menghendaki supaya ikan yang hendak diniaga dalam
mana-mana pasar jualborong dipek dalam bekas-bekas yang
ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
|
|
17
Pemeringkatan
(1)
Lembaga dengan kelulusan Menteri boleh menghendaki supaya ikan
diperingkat mengikut jenis, besarnya dan baru-Iamanya atau
mutunya sebelum dijual.
(2) Standad-standad pemeringkatan hendaklah sebagaimana
yang
ditentukan
oleh Pusat Piawaian Malaysia.
|
|
18
Pemeroses Ikan
Walau
apa pun peruntukan peraturan 5, pemeroses-pemeroses ikan
samada dalam sesuatu Kawasan Kawalan atau selainnya boleh
dikehendaki
(a)
menggunakan hanya jenis alat-alat penimbang yang diluluskan
oleh Lembaga;
(b)
membeli ikan mengikut sistem pemeringkatan yang disebutkan
dalam peraturan 17 atau suatu sistem yang diluluskan
oleh
Lembaga; atau
(c)memberi dengan apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga
apa-apa
maklumat yang difikirkan perlu oleh Lembaga.
|
|
19
Pemberian Maklumat oleh Pemegang Lesen
Lembaga
boleh menghendaki orang-orang yang diberi lesen di bawah
peraturan 4 memberi atau menunjukkan dengan apa-apa cara yang
ditentukan oleh Lembaga apa-apa maklumat yang difikirkannya
perlu.
|
|
20
Pengeluaran Invois Belian
(1) Lembaga boleh menghendaki seseorang peniaga yang
diberi lesen
di bawah
peraturan 4 mengeluarkan
(a) invois belian atau penyatajualan kepada nelayan,
penjual atau
pembekal; dan
(b) invois jualan kepada pembeli bagi tiap-tiap
perniagaan yang dibuat olehnya.
(2) Invois belian, penyata jualan dan invois jualan itu
hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang difikirkan perlu
oleh Lembaga mengikut apa-apa bentuk atau cara yang ditentukan
olehnya.
|
|