|
1
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga
Kemajuan Ikan
Malaysia
1971.
(2)
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
(3) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada
tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui
pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh-tarikh
yang berlainan boleh ditetapkan bagi Negeri atau
bahagian yang berlainan dalam Malaysia.
|
|
2
Tafsiran
Dalam
Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki
makna
yang
lain-
"ahli"
ertinya mana-mana ahli Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
termasuk Pengerusi, Pengerusi sementara dan mana-mana
ahli sementara yang dilantik di bawah seksyen 3(5);
"ikan"termasuklah
apa-apajenis ikan laut, ikan air payau atau ikan air
tawar, kerang-kerangan, siput air, bunga karang,
trepang dan hidup-hidupan dalam air yang lain dan
penghasilan-penghasilan daripadanya, tetapi tidak
termasuk penyu atau telur penyu;
"Ketua
Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang
dilantik di bawah seksyen 3(3);
"Kumpulan
Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di
bawah seksyen 6;
"Lembaga"
ertinya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang ditubuhkan
di bawah seksyen 3;
"Menteri"
ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perikanan;
"pegawai
diberi kuasa" ertinya seseorang pegawai yang
diberi kuasa di bawah seksyen 11;
"pemasaran" ertinya penjualan, pembelian,
pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, pemprosesan,
pemeringkatan, pembungkusan, pengiklanan dan
penggalakan;
"Pengerusi"
ertinya Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia;
"Pengerusi
sementara" ertinya seseorang Pengerusi sementara
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang dilantik di bawah
seksyen 3(5);
Persatuan
Nelayan" ertinya mana-mana Persatuan Nelayan yang
ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971 [Akta
44].
|
|
BAHAGIAN II
LEMBAGA
KEMAJUAN IKAN MALAYSIA
|
|
3
Memperbadankan Lembaga
(1)
Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan
perbadanan bernama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (kemudian
daripada ini disebut "Lembaga") yang kekalturun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan
dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya, dan
tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh
membuat kontrak dan mempunyai kuasa bagi memperoleh
dan memegang harta alih atau harta tak alih dan bagimelupuskannya atau dengan carR lain membuat apa-apa
urusan mengenainya.
(2) Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama kepada
Akta ini hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan
Lembaga.
(3) Lembaga hendaklah terdiri daripada
ahli-ahli yang berikut yang dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang Ketua Pengarah;
(c)
seorang wakil Kementerian Pertanian;
(d)
seorang wakil Perbendaharaan;
(e)
seorang wakil Jabatan Perikanan di Kementerian
Pertanian;
(f)
seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri;
(g) seorang wakil Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan; dan
(h) tidak lebih daripada 5 orang yang berpengalaman dan telah menunjukkan
kebolehan dalam perkara-perkara yang berhubungan
dengan industri perikanan atau pemasaran, kewangan
atau pentadbiran.
(4)
Apabila melantik orang-orang yang disebut dalam
subseksyen (3)(h), Menteri hendaklah memberikan
pertimbangan tentang perlunya pelbagai kepentingan dan
wilayah dalam Malaysia diwakili.
(5)
Seorang Pengerusi sementara atau seorang ahli
sementara boleh dilantik dalam masa Pengerusi atau
ahli Lembaga tidak berupaya buat
|
|
4
Fungsi-fungsi Lembaga
(1) Fungsi-fungsi
Lembaga ialah
(a) menggalakkan dan memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai
perusahaan-perusahaan perikanan dan pemasaran ikan;
(b) mengadakan dan menyelia kemudahan-kemudahan kredit bagi pengeluaran
ikan dan memastikan bahawa kemudahan-kemudahan ini
digunakan sepenuhnya;
(c) mengambil bahagian dalam perusahaan-perusahaan perikanan dan bagi
maksud itu mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan
pengeluaran bekalan dan kelengkapan menangkap ikan;
(d) menggalakkan, menggiatkan, memudahkan dan mengusahakan kemajuan
ekonomi dan sosial Persatuan-Persatuan Nelayan;
(e)mendaftarkan, mengawal dan menyelia Persatuan-Persatuan Nelayan dan
mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang
berhubungan dengannya; dan
(f) mengawal
dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut
terdahulu.
(2) Lembaga mempunyai kuasa untuk melakukan segala
perkara yang semunasabahnya perlu untuk atau
bersampingan dengan menjalankan fungsi-fungsinya di
bawah subseksyen (1) dan khususnya, tetapi tanpa
menyentuh keluasan yang disebut terdahulu
(a)
mengadakan peraturan mengenai pemasaran ikan
khususnya dengan jalan melesenkan penjual borong,
penjual runcit, pemproses ikan, pengimport dan
pengeksport;
(b) menetapkan dan mengadakan peraturan
mengenai pembungkusan,
pemeringkatan, penimbangan dan penyimpanan ikan;
(c)
menubuhkan, mengadakan peraturan mengenai dan,jika
perlu, menguruskan,
mengenai sesuatu kawasan, suatu pasar jual borong ikan
di mana semua transaksi jual borong ikan di kawasan
itu akan dijalankan mengikut tatacara yang ditentukan
oleh Lembaga;
(d) menetapkan cara, mengadakan peraturan mengenai,
kemasukan dan tatacara yang hendaklah diikuti di,
penjualan yang dijalankan di sesuatu pasar jual borong
ikan, dan jika sesuatu jualan lelong diadakan di situ,
menetapkan cara bagaimana penjualan itu boleh
dijalankan;
|
|
(e)
mengadakan peraturan mengenai pemprosesan ikan;
(f)
melarang, mengadakan peraturan mengenai atau mengawal
pemindahan ikan;
(g)
menghendaki orang-orang yang mengambil bahagian dalam
pemprosesan atau pemasaran ikan supaya berdaftar dan
memberikan dengan apa-apa cara sebagaimana yang
ditentukan oleh Lembaga apa-apa maklumat yang
difikirkannya perlu;
(h)
melantik ejen-ejen bagi maksud menjalankan
fungsi-fungsinya;
(i)mengenakan fi atau apa-apa bayaran lain yang
difikirkannya patut bagi menguatkuasakan
mana-mana daripada kuasa atau fungsinya;
(j)menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yang
diberikan olehnya apa-apa komisen atau bayaran
sebagaimana yang dipersetujui;
(k)dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri
Kewangan, mengambil bahagian dalam ekuiti,jika yang
demikian itu, pada pendapatnya, adalah perlu,
berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitan dengan
menjalankan fungsi-fungsinya;
(l)
menjalankan segala aktiviti yang pada pendapatnya
perlu, berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitan
dengan menjalankan fungsi-fungsinya, termasuk
pembinaan bot dan pengendalian menangkap ikan,
pengeluaran bekalan dan kelengkapan menangkap ikan,
pengangkutan, pembungkusan, pemprosesan, penjualan
bekalan, kelengkapan dan barang-barang menangkap ikan,
pemeringkatan, penyimpanan, penjualan secara lelong
dan cara-cara pemasaran lain amnya bagi ikan dan bagi
menguruskan aktiviti-aktiviti itu;
(m)
menjalankan segala fungsi dan kuasa dan melaksanakan
segala kewajipan yang mungkin terletak hak atau
diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut mana-mana
undang-undang bertulis yang lain.
(3)
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan
persetujuan Menteri Kewangan, dari semasa ke semasa
(a)
menubuhkan perbadanan-perbadanan di bawah subseksyen
ini; dan
(b) menubuhkan atau menggalakkan penubuhan atau
peluasan syarikat-syarikat di bawah Akta Syarikat 1965
[Akta 125],
dengan
apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga, untuk melaksanakan, menjaga, menjalankan dan
menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang
dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada
menjalankan fungsi-fungsinya dan jika Lembaga berbuat
demikian, peruntukan - peruntukan
(i)
Jadual Kedua kecuali perenggan 4A; dan
(ii)
Akta
Syarikat 1965,
hendaklah
masing-masingnya terpakai bagi perbadanan-perbadanan
dan syarikat-syarikat itu.
(4)
Sebagai tambahan kepada dan tidak sebagai mengurangkan
kuasa-kuasanya di bawah subseksyen (3) Lembaga boleh,
dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri
Kewangan, memohon untuk didaftarkan
sebagai suatu syarikat di bawah Akda Syarikat 1965
sesuatu perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah
subseksyen (3)(a) dan jika Lembaga berbuat demikian
|
|
(a) peruntukan perenggan 4A(1) dan (2)
sahaja dalam Jadual Kedua; dan
(b) apabila perbadanan itu didaftarkan
sedemikian, peruntukan
perenggan 4A(3) dan (4) sahaja dalam Jadual
Kedua, dan Akta
Syarikat 1965, hendaklah terpakai bagi
perbadanan itu
dengan sewajarnya.
5 Pegawai dan penjawat Lembaga
(1)
Ketua Pengarah Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi
pentadbiran dan pengurusan hari ke hari hari ehwal
Lembaga dan bagi menjalankan apa-apa kewajipan dan
kuasa sebagaimana yang diamanahkan atau diwakilkan
oleh Lembaga atau Pengerusi apabila bertindak bagi
pihak Lembaga.
(2)
Lembaga boleh melantik pegawai dan penjawat
sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan
hal ehwal Lembaga dengan cekap.
(3)
Pegawai dan penjawat Lembaga hendaklah memegang
jawatan selama satu atau beberapa tempoh, menerima
gaji dan elaun dan tertakluk kepada apa-apa syarat
perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga
dengan kelulusan Menteri.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa-kuasa seorang
pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini.
|
|
6
Kumpulan Wang
(1)
Bagi maksud Akta ini maka adalah dengan ini ditubuhkan
suatu kumpulan wang (kemudian daripada ini disebut
"Kumpulan Wang") yang hendaklah ditadbirkan
dan dikawal oleh Lembaga
(a)
yang ke dalamnya akan dimasukkan-
(i) apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa
ke semasa oleh
Parlimen;
(ii) apa-apa wang yang didapati oleh Lembaga
dalam menjalankan fungsi-fungsinya di bawah atau
menurut peruntukan-peruntukan Akta ini;
(iii) apa-apa wang yang didapatkan atau terbit
daripada apa-apa kemajuan, pelaburan, gadai janji,
gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau
terletak hak pada Lembaga;
(iv) wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi
maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau bagi
maksud menjalankan apa-apa fungsinya; dan
(v) segala wang atau harta lain sama ada harta
alih atau harta tak alih yang mungkin dengan apa-apa
cara kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Lembaga;
(b)
yang daripadanya akan dibayar
(i) semua perbelanjaan (termasuk perbelanjaan
modal) yang dilakukan oleh Lembaga pada menjalankan
fungsifungsi dan kuasa-kuasanya; dan
|
|
(ii) wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah
diberikan kepada Lembaga menurut kuasanya untuk
meminjam.
(lA) Peruntukan-peruntukan subseksyen (l)(a)(v)
tidak terpakai jika mana-mana perbadanan yang telah
ditubuhkan di bawah seksyen 4(3)(a) didaftarkan
sebagai suatu syarikat menurut seksyen 4(4).
(2)
Sebelum permulaan bulan Jun setiap tahun, Lembaga
hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran
perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek-projek
pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut
apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir
sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; dan Menteri
hendaklah sebelum permulaan bulan November tahun itu
memberitahu Lembaga jumlah wang yang dibenarkan bagi
perbelanjaan amnya atau jumlahjumlah wang yang
dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
(3)
Lembaga boleh pada bila-bila masa menghantar kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu
tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau
mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang
dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.
|
|
7
Meminjam wang
Lembaga
boleh, mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang
diluluskan oleh Menteri Kewangan, meminjam wang
sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan
sesuatu fungsinya.
|
|
8 Pelaburan
Aset-aset Kumpulan Wang, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan
oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan
mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
|
|
9 Akaun dan Audit
(1) Lembaga hendaklah menyimpan dengan sepatutnya semua akaun dan rekod
lain berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklah
menyediakan penyata akaun bagi setiap tahun kewangan.
(2) Akaun-akaun Lembaga hendaklah diaudit oleh
KetuaAudit Negara atau juruaudit lain yang dilantik
oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
(3)
Selepas berakhir setiap tahun kewangan dan selepas
sahaja akaunakaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah
menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu
mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki oleh
Menteri dihantar kepada Menteri, bersama dengan suatu
salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua
Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di
bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau
mengenai akaun-akaun Lembaga.
(4)
Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan
tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan dalam
setiap Majlis Parlimen.
|
|
10
Laporan Tahunan
Lembaga
hendaklah tidak lewat daripada 30 haribulan Jun setiap
tahun menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada
Menteri suatu laporan
berkenaan dengan kegiatan-kegiatan Lembaga sepanjang
tahun yang lalu dan mengandungi apa-apa maklumat yang
berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga
sebagaimana yang dikehendaki dari semasa ke semasa
oleh Menteri.
|
|
lOA.
Tiada seorang pun yang mempunyai kepentingan boleh
dilantik sebagai ahli atau diambil kerja sebagai
pegawai atau penjawat Lembaga
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang pun
boleh dilantik sebagai seorang ahli atau diambil kerja
sebagai seorang pegawai atau penjawat Lembaga jika dia
mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau
secara tak langsung dalam
(a)
sesuatu perusahaan yang dalamnya Lembaga telah
mengambil atau bercadang hendak mengambil bahagian
dalam ekuiti menurut seksyen 4(2)(k);
(b)
sesuatu perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan,digalakk,diperluas
atau
didaftarkan
menurut
seksyen 4(3) dan 4(4); atau
(c)
sesuatu syarikat atau pengusahaan yang dengannya
Lembaga atau sesuatu perusahaan, perbadanan atau
syarikat yang disebut dalam perenggan (a) atau (b)
bercadang hendak membuat suatu kontrak atau telah
membuat suatu kontrak yang masih berkuat kuasa.
(2)
Walau apa pun peruntukan-peruntukan subseksyen (1) dan
tertakluk kepada subseksyen (3), orang seperti itu
boleh dilantik sebagai seorang ahli Lembaga di bawah
seksyen 3(3)(h) tetapi pada melantiknya sedemikian,
Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan
yang difikirkan patut oleh Menteri.
(3)
Sebelum seseorang dilantik sebagai seorang ahli atau
diambil kerja sebagai seorang pegawai atau penjawat
Lembaga, dia hendaklah menzahirkan dengan sepenuhnya
(a)
kepada Menteri,jika dia akan dilantik sebagai ahli;
dan
(b)
kepada Lembaga, jika dia akan diambil kerja sebagai
seorang pegawai atau penjawat,
apa-apa
kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1),
dan
apabila dia dilantik atau diambil kerja sedemikian,
orang itu tidak boleh memperoleh mana-mana kepentingan
itu lagi.
(4)
Tertakluk kepada seksyen 10B(1), seseorang ahli yang
dilantik atau seseorang pegawai atau penjawat yang
diambil kerja berlawanan dengan subseksyen (1), atau
yang apabila dilantik atau diambil kerja memperoleh
mana-mana kepentingan itu lagi, hendaklah dibatalkan
pelantikannya dengan serta-merta oleh Menteri atau
perlantikannya hendaklah ditamatkan oleh Lembaga tanpa
notis, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Seseorang, ahli, pegawai atau penjawat yang melanggar
seksyen ini, seksyen lOB atau sesuatu syarat atau
sekatan yang dikenakan di bawah seksyen ini atau di
bawah seksyen lOB adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi
dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
(6)
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen lOB, pemunyaan
atau pemerolehan sesuatu kepentingan itu sebagaimana
yang disebut dalam
subseksyen
(1) oleh suami atau isteri atau mana-mana daripada
anaknya hendaklah disifatkan sebagai memberi orang,
ahli, pegawai atau penjawat yang berkenaan itu suatu
kepentingan tak langsung.
|
|
lOB.Penzahiran
kepentingan yang sedia ada
(1) Tiap-tiap ahli, pegawai atau penjawat yang
mempunyai apa-apa kepentingan sebagaimana yang disebut
dalam seksyen 10A(1) boleh, dalam tempoh enam bulan
dari tarikh mula berkuatkuasanya seksyen ini,
menzahirkan dengan sepenuhnya kepada Lembaga fakta
kepentingan itu dan apakah kepentingan itu yang
sebenarnya dan penzahiran itu hendaklah dicatatkan
dalam minit Lembaga dan ahli itu tidak boleh pada
bila-bila masa mengambil bahagian dalam apa-apa
prosiding Lembaga yang berhubungan dengan pengusahaan,
perusahaan, syarikat, perbadanan atau kontrak yang
dalamnya dia mempunyai kepentingan itu dan pegawai
atau penjawat itu hendaklah berhenti menjalankan semua
kuasa dan kewajipan yang berhubungan dengannya, tetapi
ahli, pegawai atau penjawat itu boleh terus menjadi
(a)
seorang ahli tertakluk kepada apa-apa syarat atau
sekatan yang
dikenakan oleh Menteri;atau
(b)
seorang pegawai atau penjawat tertakluk kepada apa-apa
syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga.
(2)
Jika ahli yang mempunyai kepentingan itu ialah
Pengerusi, dia hendaklah berhenti menjadi Pengerusi
dan seorang ahli lain hendaklah dipilih untuk menjadi
pengerusi semasa prosiding yang berhubungan dengan
pengusahaan, perusahaan, syarikat, perbadanan atau
kontrak yang dalamnya dia mempunyai kepentingan itu.
(3)
Seseorang ahli, pegawai atau penjawat yang melanggar
seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang
diperuntukkan dalam seksyen 10A(5).
|
|
10C
Surcaj
(1) Jika ternyata pada Lembaga bahawa
mana-mana
orang yang sedang
atau
pernah bekerja dengan Lembaga-
(a)
telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang
kepada
Lembaga yang
pemungutannya menjadi
tanggungjawabnya;
(b)
adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa
pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak
sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang
yang tidak disahkan dengan sewajarnya;
(c)
adalah atau pernah bertanggungjawab, secara langsung
atau tak langsung, atas apa-apa kekurangan dalam, atau
bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan
atau harta lain Lembaga;
(d)
sebagai, atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal
atau telah gagal
menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;
(e)
telah gagal membuat apa-apa pembayaran, atau adalah
atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelambatan
dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada
mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena
dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau
perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga,
|
|
Lembaga
hendaklah menyampaikan suatu notis berlulis kepadanya
yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak
sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang
memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat
belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut
terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan
mengutip, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat,
pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya,
kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan
akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan
membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat
pembayaran, maka Lembaga boleh mensurcajkan sejumlah
wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun
apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa
bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta
yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod
yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran,
atau kelambatan dalam membuat pembayaran, Lembaga
boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang
tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga itu.
(2)
Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah
diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah
subseksyen (1)
dan Ketua Pengarah hendaklah sesudah
itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
|
|
(3)
Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik
apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan
yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata
selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan
Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua
Pengarah diberitahu tentang penarikan balik itu.
(4)
Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen
(1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3)
hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada
Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu
dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan di dalam
mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga
didapatkan melalui potongan
(a)
daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga
mengarahkan
sedemikian; atau
(b)
daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga
mengarahkan sedemikian
dengan
ansuran bulanan yang sarna banyak yang tidak melebihi
satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan,
mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
|
BAHAGIAN
III
KUASA-KUASA YANG BERHUBUNGAN
DENGAN
PENGUATKUASAAN
|
|
(2)
Pada menjalankan mana-mana daripada kuasa di bawah
Bahagian ini pegawai itu hendaklah, apabila diminta,
mengemukakan kepada orang yang terhadapnya tindakan
diambil olehnya di bawah Akta ini atau di bawah
mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, surat kuasa
yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.
|
|
12
Kuasa untuk memasuki premis
Jika
mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis
mempunyai alasan-alasan yang munasabah untuk
mempercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan
di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang
dibuat di bawahnya, maka pegawai itu boleh memasuki
manamana premis yang dipunyai atau diduduki oleh
mana-mana orang dan boleh menjalankan apa-apa
penyelidikan dan pemeriksaan (termasuklah penyelidikan
dan pemeriksaan buku-buku) sebagaimana yang
difikirkannya perlu dan boleh menyita dan menahan
apa-apa buku, suratan atau benda lain yang dijumpai
dalam premis itu yang boleh memberikan keterangan
tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di
bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.
|
|
13
Kuasa bagi menangkap, menyita, menyiasat dan mendakwa
(1)
Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis
boleh
(a)
menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia ada
sebab untuk mempercayai telah melakukan suatu
kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana
kaedah yang dibuat di bawahnya, jika orang itu enggan
memberikan nama dan alamatnya atau jika memberikan
suatu alamat di luar Malaysia atau jika ada
alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa
orang itu telah memberikan suatu nama atau alamat
palsu atau bahawa dia mungkin akan melarikan diri:
Dengan
syarat bahawa apabila seseorang telah ditangkap
seperti yang disebut terdahulu, tindakan hendaklah
kemudiannya diambil terhadapnya sebagaimana yang
diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan
dengan tatacara jenayah yang berkuat kuasa pada masa
ini; dan
(b)
menyita apa-apa jua benda yang difikirkannya perlu
disita berhubung dengan keterangan yang perlu bagi
membuktikan berlakunya sesuatu kesalahan itu.
(2)
Mana-mana pegawai diberi kuasa dan mana-mana pegawai
polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor
boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan
dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di
bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tanpa
perintah Pendakwa Raya, menjalankan kuasa-kuasa khas
yang berhubungan dengan penyiasatan polis, yang
diberikan oleh undangundang yang berhubungan dengan
tatacara jenayah dalam apa-apa kesalahan boleh tangkap.
(3) Apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu
kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana- mana
kaedah yang dibuatnya di bawahnya boleh dijalankan
oleh seseorang pegawai diberi kuasa.
|
|
14
Kuasa untuk memberhentikan dan memeriksa
(1)
Jika seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis
mempunyai syak yang munasabah bahawa sesuatu kenderaan
sedang membawa apa-apa ikan bersalahan dengan
mana-mana peruntukan Akta ini atau manamana kaedah
yang dibuat di bawahnya, maka adalah sah di sisi
undang-undang bagi pegawai itu memberhentikan dan
memeriksa kenderaan itu bagi maksud menentukan sama
ada apa-apa ikan ada terkandung di dalamnya atau
sedang dipindahkan atau diangkut bersalahan dengan
peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah
yang dibuat di bawahnya dan orang yang mengawal atau
menjaga kenderaan itu hendaklah jika dikehendaki
supaya berbuat demikian oleh pegawai itu,
memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai
itu memeriksanya.
(2)
Orang yang mengawal atau menjaga mana-mana kenderaan
yang diperiksa di bawah peruntukan seksyen ini
hendaklah, apabila diminta oleh pegawai diberi kuasa
atau pegawai polis itu, membuka semua bahagian
kenderaan itu untuk diperiksa oleh pegawai itu dan
mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan
pegawai itu menjalankan apa-apa pemeriksaan yang
difikirkannya perlu.
|
|
15
Kuasa untuk mengambil milik
(1)
Jika mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang
sedang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini
atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya,
maka dia boleh mengambil milik dengan apa-apa cara
yang difikirkannya patut, apa-apa ikan yang berkenaan
dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai
sesuatu kesalahan itu telah dilakukan atau mana-mana
kereta, vesel atau barang lain yang telah digunakan
bagi melakukan sesuatu kesalahan itu atau yang dia
mempunyai sebab untuk mempercayai dicadangkan hendak
digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
(2)
Jika apa-apa ikan telah diambil milik di bawah
peruntukanperuntukan seksyen ini, maka Ketua
Pengarah
(a) jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di
bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang
dibuat di bawahnya telah dilakukan dan prosiding
jenayah telah dimulakan terhadap mana-mana orang
berkenaan dengan kesalahan itu, boleh memohon kepada
Majistret untuk suatu perintah supaya ikan itu dijual
atau dilupuskan dan jika ikan itu diperintahkan supaya
dijual, hasil penjualan itu hendaklah disimpan
sehingga prosiding jenayah itu selesai; atau
(b)
dalam apa-apa hal yang lain, boleh memulihkan
pemilikan kepada
pemunyanya.
(3) Jika mana-mana kereta, vesel atau barang
lain telah diambil milik di bawah
peruntukan-peruntukan seksyen ini, maka Ketua Pengarah
(a) jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di
bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang
dibuat di bawahnya telah dilakukan, boleh, menurut
budi bicaranya, memulangkan bagi sementara kereta,
vesel atau
barang
lain itu kepada pemunyanya apabila jaminan diberikan
dengan memuaskan hatinya bahawa kereta, vesel atau
barang lain itu akan diserahkan balik kepadanya
apabila diminta; atau
|
|
(b)
dalam apa-apa hal yang lain, boleh memulihkan
pemilikan kepada pemunyanya.
(4)
(a) Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan
kuasakuasanya di bawah subseksyen (2) dan (3) kepada
mana-mana pegawai diberi kuasa dan boleh pada
bila-bila masa menarik balik mana-mana pewakilan itu.
(b)
Walau apa pun pewakilan itu, Ketua Pengarah boleh,
jika difikirkannya patut, menjalankan kuasa-kuasa yang
diwakilkannya sedemikian.
|
|
BAHAGIAN
IV
KESALAHAN-KESALAHAN, PENALTI-PENALTI
DAN
PROSIDING-PROSIDING
|
|
16
Kesalahan menghalang
Seseorang
yang menghalang at au menghindari Ketua Pengarah,
mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis pada
menjalankan dengan sah mana-mana daripada kuasanya di
bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang
dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan di
bawah Akta ini.
|
|
17
Penalti am
(1)
Seseorang selain sesuatu pertubuhan perbadanan, tetapi
termasuk seseorang pengarah atau pegawai sesuatu
pertubuhan perbadanan, yang melakukan sesuatu
kesalahan di bawah,atau yang tidak mematuhi, mana-mana
daripada peruntukan Akta ini atau manamana kaedah
yang dibuat di bawahnya yang penalti baginya tidak
diperuntukkan dengan nyatanya boleh, apabila
disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu
ringgit atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali
kedua atau kali kemudian, dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi
dua puluh lima ribu ringgit atau keduaduanya.
(2)
Sesuatu pertubuhan perbadanan yang melakukan sesuatu
kesalahan di bawah, atau yang tidak mematuhi,
mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau mana-mana
kaedah yang dibuat di bawahnya boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu
ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau kali
kemudian, didenda tidak melebihi lima puluh ribu
ringgit.
(3)
Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di
bawah mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau
mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya ialah suatu
pertubuhan perbadanan, maka tiap-tiap orang yang pada
masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah
atau pegawai bagi pertubuhan perbadanan itu boleh
dipertuduh bersesama dalam prosiding itu juga dengan
pertubuhan perbadanan itu dan jika pertubuhan
perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang
dipertuduhkan itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu
hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan
itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan
itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa
dia telah mengambil langkah-langkah pengawasan yang
munasabah untuk mengelakkan kesalahan itu daripada
dilakukan.
|
(
(4) Seseorang yang tetap boleh dikenakan
apa-apa penalti di bawah mana-mana daripada
peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang
dibuat di bawahnya bagi apa-apa perkara yang
dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu
telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya
sendiri, boleh dikenakan penalti yang samajika
perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan
oleh pekongsi, ejen atau penjawatnya,
melainkan jika dia membuktikan bahawa dia
telah mengambil langkah-langkah pengawasan
yang munasabah untuk mengelakkan perkara itu
daripada dilakukan atau ditinggalkan.
|
|
|
18
Beban membuktikan
(1)
Dalam apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu
kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana
kaedah yang dibuat di bawahnya atas suatu pertuduhan
melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi
undang-undang melainkan jika orang yang melakukan
perbuatan itu berhak melakukan yang sedemikian oleh
sebab dia ialah pemegang sesuatu lesen, permit atau
kebenaran, keizinan, kuasa atau pengecualian bertulis
yang mengehakkannya melakukan perbuatan itu, maka
memadailah bagi pihak pendakwa mengatakan dan
membuktikan bahawa orang itu telah melakukan perbuatan
itu dan beban hendaklah kemudiannya terletak pada
orang yang dituduh itu bagi membuktikan bahawa dia
telah berhak melakukan perbuatan itu.
(2)
Dalam apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu
kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana
kaedah yang dibuat di bawahnya, pengemukaan oleh orang
yang menjalankan pendakwaan itu sesuatu invois asal
atau sesuatu invois pendua yang telah dibuktikan
sebagai telah dijumpai dalam milikan penjual hendaklah,
jika orang yang menjalankan pendakwaan itu meminta
sedemikian, diterima sebagai keterangan prima facie
mengenai sesuatu penjualan oleh penjual itu dan
mengenai semua fakta yang dinyatakan dalam invois asal
atau invois pendua itu dan walau apa pun peruntukan
mana-mana undang-undang yang berlawanan yang pada masa
ini berkuat kuasa, beban bagi membuktikan bahawa
penjualan itu telah tidak berlaku atau bahawa sesuatu
fakta yang dinyatakan dalam invois asal atau invois
pendua itu bukanlah seperti apa yang dinyatakan itu
hendaklah terletak pada orang yang dituduh itu.
|
|
19
Kuasa Mahkamah untuk merampas
Jika
seseorang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di
bawahnya, Mahkamah boleh memerintahkan supaya dirampas
(a)
kesemua atau sebahagian daripada hasil penjualan
apa-apa ikan yang telah dijual di bawah seksyen 15,
yang berkenaan dengannya
kesalahan itu telah dilakukan dan yang telah disita
oleh, atau dengan cara lain telah sampai ke dalam
milikan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi
kuasa atau pegawai polis;
|
|
(b) mana-mana
kereta, vesel at au barang lain harta kepunyaan orang
yang dituduh itu yang digunakan olehnya untuk
melakukan kesalahan itu atau yang telah dicadangkan
hendak digunakan bagi melakukan sesuatu kesalahan di
bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang
dibuat di bawahnya.
|
|
20
Bidang kuasa
Walau
apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana
undang-undang bertulis yang lain, sesuatu Mahkamah
Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah
mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, dan untuk
mengawardkan hukuman sepenuhnya bagi mana-mana
kesalahan itu.
|
|
21
Kecualian
Tiada
apa-apa prosiding boleh dimulakan di bawah Akta ini
terhadap mana-mana orang yang diberi kuasa dengan
sempurna bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, jika
orang itu telah dengan diketahuinya melakukan atau
meninggalkan daripada melakukan sesuatu perbuatan yang
tetap menjadi suatu kesalahan jika tidak kerana
peruntukan seksyen ini, dengan syarat bahawa orang itu
telah melakukan atau telah meninggalkan daripada
melakukan perbuatan itu dengan niat hendak mendapatkan
keterangan bagi maksud hendak mendakwa penjual itu
atas sesuatu kesalahan di bawahAkta ini atau di bawah
mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.
|
|
22
Rayuan terhadap keputusan Lembaga
Jika
menurut peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana
kaedah yang dibuat di bawahnya sesuatu lesen
dikehendaki untuk pemprosesan atau pemasaran apa-apa
ikan, mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan
Lembaga untuk mengeluarkan atau membaharui atau dengan
penarikan balik oleh Lembaga, lesen itu, atau dengan
pengenaan syarat-syarat ke atas lesen itu, boleh dalam
tempoh tiga puluh hari dari keputusan itu
diberitahukan kepadanya secara berlulis merayu kepada
Menteri dan keputusan Menteri itu adalah muktamad.
|
|
23
Kaedah-kaedah
Lembaga
boleh dengan kelulusan Menteri membuat kaedah-kaedah
secara am bagi menjalankan peruntukan-peruntukan Akta
ini, dan khususnya tetapi tanpa menyentuh keluasan
perkara yang disebut terdahulu,kaedah-kaedah itu
boleh
(a)
mengadakan peraturan mengenai pengawalan dan
pengurusan apa-apa bantuan (sama ada kewangan atau
selainnya) yang boleh diberikan kepada
perusahaan-perusahaan menangkap ikan;
|
|
(b)
menetapkan apa-apa fi atau bayaran yang perlu bagi
maksud Akta ini;
(c)
dengan kelulusan Menteri Kewangan membuat peruntukan
untuk menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang
simpanan caruman bagi pegawai-pegawai dan
penjawat-penjawat Lembaga, atau untuk membayar pencen,
elaun atau ganjaran kepada pegawai-pegawai dan
penjawat-penjawat yang tersebut itu apabila bersara
atau dengan cara lain berhenti memegang jawatan
sebagai pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat itu;
(d)
menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki ditetapkan
oleh Akta ini;
dan
(e)
menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan
yang bersalahan dengan peruntukan-peruntukan mana-mana
kaedah itu hendaklah menjadi suatu kesalahan.
|
|
23A
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib
(1)
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat
apa-apa peraturan tatatertib sebagaimana yang
difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk mengadakan
peruntukan mengenai tatatertib pegawaipegawai dan
penjawat-penjawat Lembaga.
(2)
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat oleh
Lembaga di bawah seksyen ini boleh mengandungi
peruntukan-peruntukan mengenai tahan kerja dengan
pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukan-peruntukan
mengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan
lain, seseorang pegawai atau penjawat Lembaga
sementara menanti prosiding tatatertib selesai.
(3)
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah
seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan
tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa
hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai
oleh Lembaga, dan hukuman-hukuman yang diperuntukkan
sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau
penurunan pangkat.
(4)
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah
seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan prosedur bagi
prosiding tatatertib, memberi orang yang terhadapnya
prosiding tatatertib diambil peluang membuat
representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang
dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh
Jawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal-hal yang
berikut:
(a) jika seseorang pegawai atau penjawat Lembaga dibuang kerja atau
diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan
dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan
terhadapnya;
(b)
jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan
dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri,
berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan
Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak
suaimanfaat untuk menjalankan kehendak subseksyen ini;
atau
|
|
(c)
jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau
penjawat Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan,
kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau
jika telah dikenakan terhadap seseorang pegawai atau
penjawat Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau
pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah
mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan
Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan
jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang
negeri, imigresen atau pelindungan wanita dan gadis.
(5)
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah
seksyen ini hendaklah mengadakan peruntukan mengenai prosedur bagi pendengaran rayuan
terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, "pegawai"
termasuklah Ketua Pengarah.
|
|
23B
Penamatan demi kepentingan awam
(1)
Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat
kepada Lembaga bahawa adalah wajar perkhidmatan
seseorang pegawai atau penjawat ditamatkan demi
kepentingan awam, Lembaga boleh meminta laporan penuh
daripada pegawai atasan pegawai atau penjawat yang
terhadapnya representasi itu dibuat yang hendaklah
mengandungi butirbutir berhubungan dengan kerja dan
kelakuan pegawai atau penjawat itu.
(2)
Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima di
bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa
setelah mengambil kira syarat-syarat perkhidmatan,
kebergunaan pegawai atau penjawat itu, kerja dan
kelakuan pegawai atau penjawat itu dan segala hal
keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan
awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan
perkhidmatan pegawai atau penjawat itu mulai dari
tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
(3)
Adalah sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa
Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada
Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai atau
penjawat itu ditamatkan demi kepentingan awam walaupun
prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah Akta
ini dan Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai
atau penjawat itu sedemikian.
(4)
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-mana
undang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkan
perkhidmatan seseorang pegawai atau penjawat demi
kepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau
penjawat itu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk
didengar dan seseorang pegawai atau penjawat yang
perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam
di bawah seksyen ini tidak boleh dianggap telah
dibuang kerja, tanpa mengira sama ada penamatan
perkhidmatan pegawai atau penjawat itu melibatkan
suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan
yang berhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh
Lembaga tak memuaskan atau patut disalahkan.
|
|
24
Kerahsiaan dan penalti
(1)
Kecuali bagi maksud-maksud Akta ini atau bagi maksud
sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada
seorang pun ahli, pegawai atau penjawat Lembaga boleh
menzahirkan apa-apa maklumat berkenaan
dengan mana-mana satu perniagaan yang telah didapati
olehnya semasa menjalankan kewajipan-kewajipannya dan
yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
|
|
(2)
Seseorang yang dengan diketahuinya melanggar
peruntukan-peruntukan subseksyen (1) adalah
melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.
|
|
25
Penjawat awam
Semua
ahli, pegawai dan penjawat Lembaga dan mana-mana
pegawai diberi kuasa hendaklah disifatkan sebagai
penjawat-penjawat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
|
|
26
Pelindungan terhadap prosiding undang-undang
(1)
Tiada apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau
prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap
diri seseorang ahli Lembaga atau terhadap diri pegawai
atau penjawat yang dilantik oleh Lembaga berkenaan
dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau
pernyataan yang dibuat bona fide dalam menurut
atau melaksanakan atau pelaksanaan yang dicadangkan
bagi Akta ini.
(2)
Jika seseorang dikecualikan daripada tanggungan
semata-mata kerana peruntukan seksyen ini, Lembaga
adalah bertanggungan setakat yang ia akan
bertanggungan jika orang itu ialah seorang penjawat
atau ejen Lembaga.
|
|
1
(1) Seseorang ahli Lembaga (selain Pengerusi)
hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya
jika dia tidak hadir mesyuarat Lembaga tiga kali
berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi.
(2)
Maka hendaklah dibayar kepada ahli-ahli Lembaga atau
kepada mana-mana ahli sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan,
apa-apa gaji, saraan atau elaun sebagaimana yang
ditentukan oleh Lembaga.
|
|
2
(1)
Lembaga boleh melantik jawatankuasa-jawatankuasa bagi
apaapa maksud yang berbangkit daripada atau
berkaitan dengan mana-mana kuasa, kewajipan dan
fungsinya di bawah Akta ini; mana-mana jawatankuasa
yang dilantik sedemikian hendaklah termasuk tidak
kurang daripada seorang ahli Lembaga, dan bolehlah
dilantik ke jawatankuasa itu mana-mana orang lain
sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(2)
Mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah
subperenggan (1) boleh melantik satu jawatankuasa
kecil atau lebih; mana-mana jawatankuasa kecil yang
dilantik sedemikian hendaklah termasuk tidak kurang
daripada seorang ahli jawatankuasa yang melantiknya
itu, dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa kecil itu
mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut
oleh jawatankuasa yang melantiknya itu.
|
|
(3)
Mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang
dilantik sedemikian hendaklah menepati apa-apa arahan yang
diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga, dan Lembaga boleh pada bila-bila masa menghentikan
atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa atau
jawatankuasa kecil yang dilantik sedemikian.
(4)
Maka bolehlah dibayar kepada ahli mana-mana
jawatankuasa atau jawatankuasa kecil apa-apa saraan
atau elaun sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke
semasa oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
(5)
Lembaga, jawatankuasa atau jawatankuasa kecil boleh,
masing-masingnya, mempelawa mana-mana orang yang,
pada pendapatnya, mempunyai pengetahuan khas yang
berfaedah kepadanya, untuk menghadiri mana-mana
mesyuarat Lembaga, jawatankuasa atau jawatankuasa
kecil dan orang yang dipelawa sedemikian tidaklah
berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat itu.
(6)
Apa-apa minit bagi mana-mana mesyuarat mana-mana
jawatankuasa atau jawatankuasa kecil bolehlah, jika
ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai
keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa
bukti lanjut dan tiap-tiap mesyuarat itu hendaklah
disifatkan telah dipanggil dan dilangsungkan dengan
sewajarnya dan semua ahli jawatankuasa atau
jawatankuasa kecil yang hadir dalam mesyuarat itu
hendaklah disifatkan telah berkelayakan dengan
sewajarnya untuk bertindak.
|
|
3 (1) Maka
hendaklah ada suatu Jawatankuasa Tatatertib Lembaga yang
hendaklah terdiri daripada dua orang ahli yang
hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga,
seorang daripada mereka hendaklah dipilih menjadi
pengerusi, dan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah
seksyen 3(3).
(2)
Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap
pegawai dan penjawat Lembaga, selain Ketua Pengarah,
ialah Jawatankuasa Tatatertib Lembaga yang ditubuhkan
di bawah subperenggan (1).
(3)
Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Ketua
Pengarah ialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah
terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian
Pertanian sebagai pengerusi dan dua orang ahli yang
hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.
(4)
Ketua Pengarah tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa
Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan
Jawatankuasa itu yang dalamnya dia menjadi pengadu;
tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang
hendaklah dipilih oleh dan daripada ahli Lembaga.
(5)
Pada menjalankan fungsi-fungsi tatatertibnya,
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa
untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana
peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 23A.
(6)
Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada
subperenggan (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa
atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana
jawatankuasa pegawai atau penjawat Lembaga, berkenaan
dengan mana-mana pegawai atau penjawat tertentu
Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau
kategori pegawai atau
penjawat
Lembaga, dan jawatankuasa yang kepadanya diwakilkan
fungsi-fungsi, kuasa-kuasa atau kewajipan-kewajipan
sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan atau
menunaikannya di bawah arahan atau kawalan
Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa
untuk mengulang kaji, menghapuskan atau mengubah
apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian.
|
|
(7)
Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subperenggan (6)
untuk membolehkan seseorang pegawai atau penjawat
Lembaga menjadi ahli sesuatu jawatankuasa yang boleh
menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas pegawai
atau penjawat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.
(8)
Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang
ditubuhkan di bawah subperenggan (1) boleh dirayukan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang
ditubuhkan di bawah perenggan 3A.
(9) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib
yang ditubuhkan di bawah subperenggan (3) boleh
dirayukan kepada Menteri.
(10)
Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, mengikut
mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan,
mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa
Tatatertib.
(11) Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau
Menteri di bawah subperenggan (10) adalah muktamad dan
konklusif.
|
|
3A
.(1)
Maka hendaklah ada suatu Lembaga Rayuan Tatatertib
Lembaga yang hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang
berikut:
(a)
Pengerusi yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga
Rayuan Tatatertib itu dan hendaklah mempunyai undi
pemutus; dan
(b)
tiga orang ahli Lembaga, yang bukan ahli Jawatankuasa
Tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan
itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga
Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud
rayuan itu.
(2)
Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu
rayuan yang dibuat di bawah perenggan 3, seseorang
ahli Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap
keputusannya rayuan itu dibuat yang juga ahli Lembaga
tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara
mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubungan
dengan rayuan itu.
|
|
4
(1) Kuorum bagi mesyuarat-mesyuarat Lembaga ialah
empat.
(2)
Dalam segala mesyuarat Lembaga Pengerusi, atau jika
dia tidak ada, Pengerusi sementara, atau jika
kedua-dua Pengerusi dan Pengerusi sementara tidak ada,
mana-mana ahli yang dipilih oleh ahli yang hadir,
hendaklah mempengerusikan mesyuarat.
(3)
Jika mengenai apa-apa soalan yang hendak diputuskan
oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak,
Pengerusi atau Pengerusi sementara hendaklah mempunyai
undi pemutus.
(4)
Tertakluk kepada subperenggan (1), (2) dan (3),
Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.
|
|
5
(1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai
perbadanan dan meterai sedemikian boleh dari semasa ke
semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah atau dibuat
baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga:
Dengan
syarat bahawa sehingga suatu meterai diperuntukkan di
bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi
perkataan-perkataan "LEMBAGA KEMAJUAN IKAN
MALAYSIA" bolehlah digunakan sebagai meterai
perbadanan.
(2)
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah disahkan oleh
sama ada Pengerusi atau mana-mana orang lain yang
diberi kuasa oleh Lembaga atau oleh mana-mana pegawai
yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka
secara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen dan
surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan
dengan meterai tersebut, disahkan seperti yang disebut
terdahulu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya,
disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya:
Dengan
syarat bahawa mana-mana dokumen atau surat cara yang
jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu
pertubuhan perbadanan yang mungkin tidak dikehendaki
dimeteraikan boleh, dengan cara yang serupa,
disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana
pegawai atau penjawat Lembaga yang diberi kuasa secara
am atau secara khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
|
|
1 Pada atau
sebelum tarikh sesuatu perbadanan ditubuhkan di bawah
seksyen 4, Lembaga hendaklah membuat
peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu
yang menyatakan
(a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
(b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
(c) sistem pengurusannya; dan
(d) perhubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan
hak-haknya bagi mengawal perbadanan itu.
2 Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, sesuatu perbadanan adalah terikat
dengan apa-apa peraturan yang telah dibuat di bawah
perenggan 1 berkenaan dengan perbadanan itu dan
peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi
segala maksud seolah-olah ia telah diperbuat dalam
Akta ini.
|
|
3 Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah
mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1
berkenaan dengan sesuatu perbadanan.
4 (1) Lembaga boleh mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan
olehnya digulung dan dibubarkan.
(2)
Apabila sesuatu perbadanan dibubarkan di bawah
perenggan ini
aset perbadanan itu hendaklah dipindahkan hakmiliknya dan terletak hak
pada Lembaga selepas segala tanggungannya dijelaskan.
(3)
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini
hendaklah dilakukan mengikut cara yang ditetapkan oleh
Lembaga.
|
|
4A
(1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan perenggan 4,
Lembaga boleh, menurut seksyen 4 ( 4), memohon untuk
didaftarkan sebagai suatu syarikat di bawah Akta
Syarikat 1965 sesuatu perbadanan yang telah ditubuhkan
di bawah seksyen 4(3)(a) tanpa menggulung dan
membubarkan perbadanan itu terlebih dahulu.
(2)
Pada memohon sedemikian untuk didaftarkan sesuatu
perbadanan sebagai suatu syarikat, Lembaga hendaklah
mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965, dan
peruntukan-peruntukan Akta ini tidak boleh ditafsirkan
sebagai mengurangkan kuasa-kuasa Pendaftar Syarikat di
bawah Akta itu.
(3)
Apabila sesuatu perbadanan didaftarkan sebagai suatu
syarikat di bawah Akta Syarikat 1965, perbadanan itu
hendaklah disifatkan sebagai dibubarkan, dan
(a)
semua kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan atau
tanggungan yang sebaik sebelum pendaftaran adalah
kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan
perbadanan itu hendaklah turun kepada syarikat itu;
(b)
semua aset dan harta alih dan harta tak alih yang
sebaik sebelum pendaftaran telah terletak hak pada
perbadanan itu atau pada mana-mana orang yang
bertindak bagi pihak perbadanan itu hendaklah, walau
apa pun peruntukan perenggan 4(2), terletak hak pada
syarikat tanpa apa-apa pindah hak, serah hak atau
pindah hakmilik dan syarikat itu hendaklah, berkenaan
dengan semua harta tak alih, memohon kepada pihak
berkuasa pendaftaran yang berkenaan untuk dibuat suatu
catatan yang bermaksud demikian itu;
(c)
semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara
dan perkiraan kerja yang ada sebaik sebelum
pendaftaran bagi faedah atau terhadap perbadanan itu
hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya bagi
faedah atau terhadap syarikat itu dan boleh
dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan
seolah-olah syarikat itu, bukannya perbadanan itu atau
manamana orang yang bertindak bagi pihak perbadanan
itu, telah dinamakan atau menjadi satu pihak dalamnya;
dan
(d)
apa-apa prosiding, sarna ada sivil atau jenayah atau
apa-apa alasan tindakan yang belum selesai atau yang
sedia ada sebaik sebelum pendaftaran oleh atau
terhadap perbadanan itu atau oleh atau terhadap
mana-mana orang yang bertindak bagi pihak perbadanan
itu boleh diteruskan atau dibawa oleh atau terhadap
syarikat itu sebagaimana ia mungkin boleh diteruskan
atau dibawa oleh atau terhadap perbadanan itu.
(4)
Jika timbul apa-apa kesulitan atau anomali berkenaan
dengan peruntukan-peruntukan peralihan yang terkandung
dalam perenggan ini, Menteri boleh, selepas berunding
dengan Menteri yang bertanggungjawab bagi
syarikat-syarikat, dengan perintah membuat apa-apa
ubahsuaian yang pada pendapatnya adalah perlu bagi
menghapuskan, menyelesaikan atau mengelakkan kesulitan
atau anomali itu tetapi Menteri tidak boleh
menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah
subperenggan ini selepas tamat tempoh dua tahun dari
pendaftaran sesuatu perbadanan sebagai suatu syarikat
menurut seksyen 4(4).
|
|
5
Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah
seksyen 4 hendaklah menjadi suatu pertubuhan
perbadanan mengikut apa-apa nama yang diberikan
kepadanya oleh Lembaga dan hendaklah kekal
turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan
dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya itu, dan
boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan membuat
apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta
tak alih dan boleh melakukan apa-apa perkara lain yang
bersampingan atau berkenaan dengan sesuatu pertubuhan
perbadanan dengan tidak berlawanan dengan
peruntukan-peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada
apa-apa sekatan atau had sebagaimana yang ditetapkan
bagi setiap satunya oleh Lembaga.
|
|
6
(1) Tiap-tiap perbadanan itu hendaklah mempunyai suatu
meterai perbadanan, yang mengandungi sesuatu reka
bentuk sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanan itu
dengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari
semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah dan
dibuat baharu oleh perbadanan itu, dengan persetujuan
Lembaga sebagaimana yang difikirkan patut oleh
perbadanan itu.
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di
bawah perenggan ini suatu cap yang mengandungi nama
perbadanan itu boleh digunakan sebagai meterai.
(3)
Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam
subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan
mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan dan
hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat
ikatan, suratan dan surat cara lain yang berupa
sebagai dimeteraikan dengan meterai itu dan yang
disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah
disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya sehingga
akasnya dibuktikan:
Dengan
syarat bahawa apa-apa suratan atau surat cara yang
jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu
pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dicapkan
dengan meterai, boleh disempurnakan oleh perbadanan
itu dengan cara demikian itu juga; atau mana-mana
suratan atau surat cara tersebut boleh disempurnakan
bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau
penjawat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau
khas oleh perbadanan itu bagi maksud itu.
| Undang- undang yang
meminda |
Tajuk Ringkas |
Berkuat kuasa dari |
| AktaA201 |
Akta Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (Pindaan)1973 |
1-7-1973 |
|
|
|
| AktaA261 |
Akta Persatuan Nelayan dan Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia |
16-8-1974 |
|
|
|
| AktaA376 |
Akta Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia(Pindaan)1977 |
|
|
|
s2, 3, 4 dan 6:Malaysia Barat- 1hb
November 1971; Sarawak-1hb Julai 1973 s5:
Malaysia Baratdan Sarawak-18 hb Mac 1977 |
|
|
|
| AktaA764 |
Akta Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (Pindaan)1990 |
1-8-1990 |
|
|
|
| AktaA1051 |
Akta Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (Pindaan)1999 |
1-9-1999 |
|
|